lagu

Posted in 1 on April 9, 2010 by muhamadzaki

<center><a href=”http://fullmusik.co.cc&#8221; target=”_blank”><img src=”http://i319.photobucket.com/albums/mm470/Zifa87/guci.gif&#8221; border=”0″ /><br /><img src=”http://i319.photobucket.com/albums/mm470/Zifa87/music.gif&#8221; border=”0″ /><br /><embed src=”http://www.hugedrive.com/published/WG/show.php?q=RlVMTE1VU0lL-2127eb20&mode=preview&file=Mzc4&#8243; AUTOSTART=TRUE LOOP=TRUE WIDTH=0 HEIGHT=0 ALIGN=”CENTER”></embed><br />Gratisan Musik</a></center>

REFLEKSI BROCHURES………

Posted in 1 on November 4, 2009 by muhamadzaki
REFLEKSI BROCHURES

Salam sejahtera…

Jika sebelum ini saya telah tunjukkan kepada anda semua bagaimana cara untuk membuat Booklet atau buku program, kali ini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk membuat Brochures dengan menggunakan microsoft word. Ikuti langkah berikut :
1. Turn on komputer anda, pergi ke menu Start, pergi ke Microsoft Office Tools dan klik pada Microsoft word 2007.

2. Selepas itu klik pada Page Layout dan diikuti dengan Margin. Apabila dipaparkan senarai dalam Margins, klik pula Custom Margin. Kemudian akan dipaparkan Page Set Up dan anda klik pada butang Landscape untuk mengubah suai bentuk paparan Words anda. Klik pula pada butang OK untuk langkah seterusnya.

3. Dengan keadaan masih berada dalam bahagian Page Layout, klik butang Column dan pilih pada bahagian column “Three”. Anda akan dapati pada paparan Landscape anda terdapat 3 column.

4. Taipkan maklumat yang anda ingin masukkan ke dalam ruangan Brochures anda. Anda juga boleh memasukkan gambar dengan klik butang Insert pada Menu Bar dan pilih gambar dari Fail mana yang ingin anda masukkan.
5. Pastikan anda memasukkan maklumat pada halaman yang betul ketika menaip atau memasukkan gambar. Perlu diingatkan bahawa Brochures mempunya dua halaman bercetak dan 3 column bagi setiap halaman. Halaman pertama akan menjadi halaman sebelah luar dan halaman kedua menjadi halaman sebelah dalam. Pada setiap halaman pula terdapat 3 column. Column pertama bagi halaman luar akan menjadi column terakhir, manakala column terakhir pula akan menjadi column pertama apabila anda Print Out nanti. Bagaimanapun, untuk halaman sebelah dalam tiada masalah. Anda boleh menaipnya seperti biasa tanpa perlu menyusun terlebih dahulu column-column yang akan dipaparkan nanti. Lihat pada rajah berikut.

6. Setelah selesai, anda boleh prtint out Brochures anda. Tetapi ingat, print halaman pertama dan halaman kedua pada helaian yang sama. Barulah Brochures akan terhasil..

SELAMAT MENCUBA….

 

POSTED BY AMAD AT 8:06 PM 0 COMMENTS

 

 

TAZKIRAH

Posted in 1 on November 1, 2009 by muhamadzaki

ajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya

Ilmu dimanfaat dekatkan individu kepada Tuhan

mukmindoa

Orang mukmin berilmu, beramal salih tidak mudah dikalahkan gemerlapan pesta lebaran

SESUNGGUHNYA Syawal menjadi saksi apakah seseorang itu istiqamah dalam ketakwaannya kepada Allah SWT. Tidak sedikit yang kecundang dengan kemeriahan lebaran sampai mengorbankan ketaatan kepada Allah kerana mengikut kesenangan nafsu. Namun , orang mukmin yang berilmu dan memanfaatkan ilmunya dengan amal salih tidaklah mudah dikalahkan oleh gemerlapan pesta lebaran yang menggugat iman.

Mereka tetap merasai suasanata’abbud (penghambaan), taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Ilahi. Jiwa manusia mudah sekali tertipu oleh kesenangan dunia. Antara penyebab gangguan iman ialah berlebih-lebihan sehingga masa untuk bermujahadah dirampas oleh kesibukan ini. Ia berlaku apabila tubuh badan kelelahan disebabkan melakukan perkara mubah sehingga tidak dapat digunakan lagi untuk ibadah.

Maka seseorang akan mengalami keletihan dan malas melakukan ketaatan kepada Allah. Sedikit demi sedikit dia meninggalkan yang sunnah sehingga yang wajib pun terganggu kualitinya. Malangnya, perkara ini tidak disedari kerana keasyikan melayan kemeriahan Syawal.

Allah Taala mengingatkan hamba-Nya agar sentiasa berwaspada dengan tipu daya dunia yang boleh merosakkan akhirat menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada permainan dan senda gurau belaka dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’am: 32)

Oleh itu, tidak terlambat seandainya kita memulakan puasa Syawal demi meneguh keimanan yang sempat dihempas tsunami lebaran. Mengkaji kembali ayat al-Quran dan sesekali menghiasi malam dengan solat sunat yang menjadi amalan Nabi SAW tanpa meremehkan kualiti ibadah fardu yang mesti dijaga dengan baik.

Walaupun Ramadan sudah mati, Allah Taala itu tetap Maha Hidup dan tidak pernah mati. Barang siapa yang menyembah Ramadan dia akan kehilangan imannya setelah habis Ramadan tetapi sesiapa yang menyembah Allah dia akan sentiasa menjaga taat setianya kepada Allah sepanjang masa tak kira apa bulan yang datang dan pergi.

Apakah cukup untuk memperteguhkan iman kita dengan rangkaian ibadah semata-mata? Mungkin ada yang dibuat tanpa meneladani sunnah Rasulullah SAW? Tentu saja ibadah mesti diikat dengan ilmu agar bertambah penghayatan dan khusyuk ketika mengerjakannya. Ramai yang keliru memahami kewajipan menuntut ilmu Islam, sebahagian umat Islam langsung tidak mahu membabitkan diri dengan aktiviti mengkaji ilmu Islam kerana mereka beranggapan bahawa mereka bukan ustaz, ulama dan pakar rujuk agama.

Mereka membezakan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat dengan pemisahan yang terlalu jauh. Sesiapa yang mengambil aliran agama dia berhak mempelajari Islam saja dan kononnya sesiapa yang tidak mengambil aliran agama, memadai melaksanakan Islam setakat hafal Rukun Islam dan Iman saja.

Mengapa ada pemisahan di antara belajar ilmu agama dan ilmu sains, ekonomi, undang-undang atau perubatan? Semua hamba Allah yang bergelar pakar ilmu duniawi ini wajib memahami agamanya dengan ilmu dan penghayatan sempurna. Mengapa mengamalkan agama dengan kaedah ikut-ikutan tanpa mahu belajar fakta dan nas, padahal tidak mungkin tumbuh keyakinan dan cintakan agama jika kita tidak belajar dengan terang melalui dalil yang sahih.

Ramai umat Islam yang tidak mahu mempergunakan akal fikiran dan hatinya untuk mendapat hidayah. Peluang menuntut ilmu Islam terlepas kerana tidak menganggap ia suatu keperluan hidup yang asasi. Mereka menganggap kerjaya lebih utama daripada agama, hiburan lebih diambil berat daripada mengkaji tafsir al-Quran dan Sunnah.

Tidak hairan apabila lahir generasi Muslim yang buta agama lagi jahil disebabkan sistem pendidikan sekular yang diterapkan diri sendiri iaitu agama dipisahkan daripada ilmu dunia. Sesungguhnya kewajipan memahami agama dinafikan sesetengah umat manusia sehingga di akhirat mereka terpaksa berdepan pertanyaan malaikat menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah, setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang kafir), penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatu pun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar. Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.”  (surah Al-Mulk: 8-10)

Seorang mukmin mempunyai sifat suka mendengar dan berfikir, bertanya pada hati nurani yang tidak pernah berdusta ketika Allah memberi cahaya. Mencari jawapan mengenai persoalan hidup dan mati, dunia dan akhirat supaya teguh keimanan, bertambahlah penghayatan dan semakin lapang dadanya dengan ilmu. Sesungguhnya jalan mendekatkan diri kepada Allah hanya boleh ditempuhi dengan ilmu yang bermanfaat, dan tiada kepuasan yang paling sempurna di dunia ini melainkan dengannya.

Di dalam menghadapi ujian selepas berakhirnya Ramadan, sifat sabar juga menjadi faktor penting untuk memastikan keimanan dan ketakwaan kekal di dalam jiwa. Sabar ketika susah lebih disukai orang yang zuhud daripada sabar menghadapi kesenangan. Mereka menganggap nikmat dunia lebih berbahaya daripada musibah yang menimpa. Saat bahagia ramai yang lalai dan lupa sebagaimana mereka yang dilalaikan oleh pesta hari raya. Tetapi, tidak dinafi masih ada yang berfikiran waras lagi kental imannya seraya mengingati firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Sesungguhnya setiap mukmin perlu membekalkan jiwanya dengan tarbiyah setiap masa yang meliputi ilmu, amal dan sifat sabar supaya terpelihara agamanya. Ramadan menghapuskan dosa yang lalu, jangan biarkan syaitan mendekat ke jantung hati kerana ia tempat yang suci lagi istimewa yang disediakan untuk bersemayamnya iman dan takwa.

 


LELAKI DAN WANITA

Posted in 1 on November 1, 2009 by muhamadzaki


‘Kedayusan’ pengurusan keluarga, kecetekan ilmu agama punca pelbagai gejala dalam masyarakat

69875

LELAKI mengalami kepupusan kerana ramai dimasukkan ke pusat serenti sedangkan perempuan pula ramai ke universiti. Kenyataan itu adalah sindiran tajam, sinis dan pedih telinga kepada golongan Adam untuk mendengarnya.

Hakikat itu hendaklah dijadikan agenda utama bagi memperkasakan kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Memperkasakan golongan lelaki perlu disemarakkan bagi memacu perubahan dan kemajuan sesebuah tamadun serta bangsa dan negara.

Penggemblengan tenaga dan idea semua pihak amat diperlukan dalam memperkasakan lelaki dengan segala kekuatan. Allah menuntut umat Islam memperkasakan kepemimpinan lelaki mengimarahkan bumi ini selaras tuntutan syariat Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

“Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (jika mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” – (Surah An-Nisa’, ayat 34)

Ayat itu menunjukkan kelebihan dan tanggungjawab lelaki antaranya, kelebihan lelaki dengan beberapa ketinggian dan kemuliaan seperti suami bertanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak memahami ilmu keagamaan dan adab tatasusila serta cara hidup Islam.

Di samping itu, antara tugas hakiki golongan Adam ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang di bawah tanggungannya. Oleh itu, tepatlah pemilihan lelaki sebagai pemimpin.

Sejarah penciptaan Adam sebagai manusia pertama yang sanggup menerima amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah adalah ketentuan sudah ditetapkan. Allah sebagai Khaliq membentangkan amanah kepada manusia pertama diciptakan seterusnya generasi lelaki yang dilahirkan selepas itu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” – (Surah al-Ahzab, ayat 72)

Imam al-Qurtuby dalam tafsirnya menyatakan, Islam mengajarkan umatnya khususnya lelaki menjadi manusia bertanggungjawab dengan amanah yang dibebankan ke atas dirinya. Amanah itu meliputi seluruh hidup dan orang berada di sekelilingnya.

Semua manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada kecil atau besar. Semua tanggungjawab itu akan ditanya di akhirat kelak dan disebabkan itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah serta ikhlas.

Daripada Ibn Umar, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kegagalan dalam kepemimpinan akan mewujudkan kepincangan pengurusan keluarga, akhirnya melahirkan permasalahan sosial yang teruk dan memberi impak kepada masyarakat serta negara. Ia juga dilihat berpunca daripada kecetekan ilmu dan kefahaman peranan serta matlamat diciptakannya.

Kepincangan dilihat bilamana ayah tidak berani menegur anaknya yang tidak bersembahyang, tidak berani menegur isteri yang tidak menutup aurat kerana takut dan bimbang di sebalik ‘kedayusan’ tertanam dalam dirinya.

Perbaikilah diri dan fahamilah matlamat hidup di dunia sementara ini demi perjalanan yang tidak pasti nasib sama ada beroleh keuntungan atau kerugian di akhirat sana. Manusia akan terlalai dengan dunia, rugi nasibnya di dunia, pasti di akhirat akan lebih merana.

Jadilah manusia beruntung di dunia yang pasti beroleh keuntungan di akhirat. Hayatilah firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)

Oleh Mohd Zamri Shafie


Sejarah membuktikan wanita bertakwa, taat kepada suami mampu bentuk keluarga harmoni

isterisolehah

BERGELAR seorang wanita tidak lengkap kalau tidak menjadi isteri dan ibu. Tetapi tidak semua orang bertuah bertemu jodoh sebelum ajalnya tiba, ada juga yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Semuanya ada hikmah yang tidak ternilai di sisi-Nya, cuma manusia yang tidak arif meneropong kehidupan bakal tiba. Isteri yang taat kepada Allah akan taat kepada suaminya, selagi suaminya tidak bermaksiat kepada Allah.

Apa juga kekurangan dan kelemahan suami tidak menjadi halangan untuk isteri yang sedar dengan petunjuk agama terus berbakti dalam rumah tangga. Semua dilakukan untuk mendapatkan keredaan suami yang akhirnya menjadi keredaan Allah.

Banyak teladan buat seorang isteri yang benar-benar ingin melandasi kehidupan rumah tangga dengan sebaiknya. Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar adalah ibu mukminin yang sentiasa memberi peringatan dan jalan terbaik untuk dicontohi setiap isteri.

Juga, Fatimah Az-Zahrah, puteri Nabi Muhammad SAW contohnya, seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Ali bin Abi Talib. Tidak pernah sekelumit ada rasa kesal di hatinya apabila berkahwin dan mengurus rumah tangga walaupun dengan penuh susah payah.

Asma’ binti Abu Bakar pula sentiasa komited berbakti kepada suaminya, Zubair, walaupun orang yang dinikahinya tidak mempunyai apa-apa harta melainkan seekor kuda. Itulah akhirnya yang menjadi urusan isteri bergelar Asma binti Abu Bakar, memberikan makan dan minum kepada kuda suaminya dan menjadi pembantu setia dalam urusan rumah tangga.

Sebagai seorang yang bergelar mukminah, wanita harus sedar pergaulan dengan suami bukan sekadar hubungan sosial yang terjadi dengan sendirinya apabila lebih dari seorang individu memulakan urusan hidup.

Tetapi ia adalah satu jalan yang mempunyai terlalu banyak persimpangan, yang mana jika kita tidak tersesat melaluinya, ia membawa seseorang hamba itu sampai ke negeri abadi dan berbahagia di sana selama-lamanya, bahkan perbuatan baik si isteri turut memberatkan timbangan pahala suami apabila dihisab kelak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki” – (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Isteri yang cantik di mata suami sudah tentulah yang berupaya memenuhi keinginan suami dalam pergaulan, pertuturan, makan dan minum, pakaian dan keselesaannya sewaktu berada di rumah. Kediaman kemas dan bersih adalah bonus buat suami yang berharap rumah tangganya menjadi syurga paling indah buat dirinya bersama isteri dan anak.

Begitu juga hidangan enak buat santapan ahli keluarga yang sentiasa ternanti-nanti air tangan si isteri atau ibu tidak terbanding makanan lain. Pakaian yang elok dan sentiasa terjaga rapi sudah tentulah menjadi satu keseronokan yang mungkin tidak dapat diperoleh jika tidak beristeri.

Isteri yang taat juga adalah yang tidak berpuasa sunat jika suami ada di sisinya tanpa izin suaminya dan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke rumahnya tanpa kebenaran suaminya terlebih dulu. Isteri juga tidak berinfak, atau bersedekah dan memberikan harta hasil pencarian suaminya kepada sesiapa tanpa izinnya.

Segala bentuk larangan adalah semata-mata untuk menjaga keharmonian rumah tangga supaya sentiasa sarat dengan kasih sayang dan tidak diganggu oleh anasir yang boleh meruntuhkan kebahagiaan dibina hanya kerana kejahilan isteri terhadap hukum agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak diperbolehkan seorang wanita berpuasa (sunnah) sedangkan suaminya ada di rumah tanpa izinnya. Dan tidak boleh ia memasukkan orang lain ke dalam rumahnya tanpa izin suaminya. Dan tidak pula berinfak daripada harta suaminya tanpa perintah suaminya, jika infak dikeluarkan, maka separuhnya kembali kepada suaminya.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Justeru, gambaran seorang isteri yang cantik di mata suami ialah yang hampir sempurna dalam urusan rumah tangga, bukan yang mengkesampingkan tugas seorang isteri sehingga menyerahkan segala-galanya untuk dilakukan pembantu rumah.

Ia bukan saja menyebabkan rasa tidak puas hati suami dan anak, tetapi juga pembantu yang terpaksa menguruskan semuanya sehingga akhirnya tidak dapat berkerja dengan baik. Wanita Islam yang istiqamah, yang tahu bahawa Allah SWT akan memberikan pahala yang besar kerana ketaatan dan baktinya terhadap suami tidak akan melepaskan peluang terbentang di depan mata.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: “Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga.”

Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar.”

Bagaimanapun, isteri yang benar sudah tentulah boleh menentang suami yang salah dan bermaksiat kepada Allah. Kesabaran dan ketabahan isteri yang sanggup mentaati suami ketika ia benar dan sabar ketika dimarahi suami yang salah kerana tidak mentaati perintahnya akan diberikan pahala oleh Allah.

Isteri yang taat kepada suami adalah wanita yang tidak ingkar terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya. Justeru, menjadi isteri yang cantik di mata suami bukanlah hanya jelita parasnya, tetapi juga memiliki segala keindahan sebagai seorang layak dicintai dengan penuh kasih dan sayang.

 

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

KEHIDUPAN

Posted in 1 on November 1, 2009 by muhamadzaki

Apakah pendirian hidupmu? Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu* “Ya Allah… Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.” pesansaidinaali

Malam Lailatul Qadar

Posted in 1 on November 1, 2009 by muhamadzaki

tawakal

lailatul-qadar

APABILA datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna.

Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-Nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.

Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud

Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bagi mereka yang teguh imannya pastinya akan berasa terkejut dengan hadiah Allah SWT yang begitu besar bagi mereka yang benar-benar memperolehi malam tersebut.

Islamic Widget

Posted in 1 on November 1, 2009 by muhamadzaki